21 November, 2010

Membaca Doa Arwah

Alhamdulillah pada hari Ahad 21/11/2010, selesai sudah majlis membaca tahlil dan doa arwah bagi memperingati ayahanda Allahyarham Mohamad bin Mahali yang telah kembali kerahmatullah pada sekitar tahun 1963.

Walaupun majlis diadakan secara kecil-kecilan dengan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, tetapi syukur alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan bermakna. Semoga doa yang disampaikan oleh ahli keluarga yang hadir termasuk anak2 dan cucu2 beliau akan selamat sampai keatas roh beliau. Amin.

Kami sekeluarga juga sempat menziarahi pusara beliau di Tanah Perkuboran Sugan di Pekan Tutong dan sempat membacakan Surah Yaasin dan doa tahlil seada nya. Mudah2an Allah memberikan rahmat keatas ayahanda dan menempatkan beliau bersama orang2 yang beriman serta selamat di alam barzah. Amin.